StudyMalaysia.com

Scholarships

BIASISWA SAGONG TASI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI (ORANG ASLI)

Sponsored by: Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Deadline14 April 2024
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local
SYARAT AM

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Program Khas Biasiswa Sagong Tasi bagi mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (Shah Alam, Puncak Alam, Puncak Perdana dan Sungai Buloh), Universiti Islam Antarabangsa (Gombak), Universiti Kebangsaan Malaysia (Bangi), Universiti Putra Malaysia (Serdang), Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS),  dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC).

Biasiswa Sagong Tasi merupakan biasiswa khas untuk pelajar Orang Asli yang menuntut di IPT seperti yang dinyatakan diatas.

Program Khas Biasiswa Sagong Tasi untuk anak Selangor yang belajar di IPT berkenaan dan berpendapatan rendah.

Laman web: https://danapendidikan.selangor.gov.my/tkwbns/pembiayaan-pendidikan/sagong-tasi-ipt 

Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KETERANGAN
KELAHIRAN
  • Pemohon dan Ibu Bapa merupakan WARGANEGARA Malaysia; dan
  • Pemohon mestilah ditakrifkan sebagai Orang Asli mengikut Akta 134 – Akta Orang Asli Tahun 1954; dan
  • Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Ibu atau Bapa lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Pemohon telah mendaftar pengajian DIPLOMA atau IJAZAH SARJANA MUDA secara SEPENUH MASA di IPT berkenaan (pengajian secara jarak jauh (PJJ)/ luar kampus (PLK) tidak layak memohon)
PENAJAAN
  • Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PINJAMAN/ BIASISWA/ BANTUAN KEWANGAN dari lain-lain penaja
PENCAPAIAN AKADEMIK
  • Pemohon yang memperoleh pencapaian akademik yang baik akan diberi keutamaan
TAHUN PENGAJIAN
  • Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN/ diberi tempoh pelanjutan pengajian.
Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会