Deadline | 26 April 2024 |
---|---|
Organisation Type | Government Agencies |
Fund Type | Scholarship |
Study Local or Abroad? | International |
Japan International Cooperation Agency (JICA) telah membuka permohonan biasiswa di bawah JICA Knowledge Co-Creation Program for Long Term Participants - JICA Masters and Ph.D Course in Climate Change Policy Program kepada pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk mengikuti pengajian Sarjana dan Ph.D di Jepun.
Justeru itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selaku nominating agency bagi program tersebut mempelawa pegawai kumpulan P&P yang memenuhi syarat seperti di LAMPIRAN A untuk memohon biasiswa ini melalui Ketua Jabatan dan Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing.
Pegawai P&P yang berminat dan berkelayakan boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal bmipenajaan.jpa.gov.my bermula 4 April hingga 26 April 2024. Borang permohonan yang telah dilengkapkan secara dalam talian tersebut hendaklah dicetak, ditandatangani dan dikemukakan kepada Ketua Jabatan dan PPSM masing-masing beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Semua permohonan yang disokong oleh Ketua Jabatan dan diperaku oleh PPSM hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA selewat-lewatnya pada 3 Mei 2024 sama ada melalui serahan tangan / pos melalui alamat seperti berikut:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan)
Maklumat terperinci berhubung tatacara permohonan/ pencalonan bagi program ini adalah seperti di LAMPIRAN B. Sila hubungi talian 03–88853053 atau e-mel: [email protected] untuk sebarang pertanyaan lanjut berhubung biasiswa ini.
Laman web: https://bmipenajaan.jpa.gov.my/ms/?view=article&id=137&catid=14