Member Login

_____________________________________

Lost PasswordActivate Account

StudentCounsellorInstitution

Studymalaysia.com


  • MIBAPUKDU UniversityUCSI UniversityBACKBU International CollegeKLIUCSEGI UniversityHELP UniversityNilai UniversityERICAN

Students' Hotspot: Latest News

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2010 Posted: 15 August 2010; Category: Editor

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor danPinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ bagi mengikuti pengajian di InstitusiPengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yangdiiktiraf oleh Kerajaan bagi Sesi Kedua Tahun 2010 bermula pada 2 Ogos 2010 (Isnin).

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsanyang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:

(i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; atau
(iv) Pemohon telah bermastautin lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.

Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:

  1. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
    Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Diploma di InstitusiPengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil diPoliteknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).
  2. Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor:
    Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktirafoleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akademik seperti berikut:

Peringkat Pengajian Kelayakan Akademik
Ijazah Pertama - Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/CGPA 2.50 ke atas; atau
- Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) Gred C dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STPM; atau
- Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana matapelajaran di peringkat STAM.
Diploma - Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau
  -       Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.     
Sijil IPTA - Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM.
Sijil IPTS
  (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
- Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM;

PROSEDUR PERMOHONAN
Borang permohonan berharga RM3.00 boleh diperolehi melalui:

  • Kaunter: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 3, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam; atau
  • Pos: Dengan mengemukakan sampul surat 16 cm x 23 cm yang dilekatkan dengan setem 50 sen beralamat sendiri serta no. telefon untuk dihubungi beserta wang pos/ money order bernilai RM3.00 atas nama Bendahari Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor ke alamat seperti yang tersebut di bawah.

Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Oktober 2010 (Jumaat). Borang-borangyang diterima selepas tarikh tersebut atau didapati tidak lengkap tidak akandipertimbangkan. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaanpermohonan, sila hubungi Urus Setia di talian 03-5521 2275 atau 5544 7480/ 7543.

Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3)bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusanpermohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Negeri Selangorwww.selangor.gov.my.


View Other categories: NATIONAL | CAMPUS | ACHIEVEMENT | EDITOR'S DESK