Member Login

_____________________________________

Lost PasswordActivate Account

StudentCounsellorInstitution

Studymalaysia.com


  • Curtin UniversityKDU UniversityMIBHELP UniversityTaylor's UniversityAPUNilai UniversityUCSI UniversityKBU International CollegeIUKLBAC
Home \ Student's Hotspot \ Scholarships \ Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2015

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2015

Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Sponsored ByYayasan Pahang
Organisation AddressYayasan Pahang, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

09-5181800
09-5181888
ypahang@yp.org.my
www.yp.org.my
Haji Mohammad bin Ismail / Nurraimy binti Mohamed Mokhtar
Detailed description

1. BIASISWA KECEMERLANGAN MENTERI BESAR PAHANG 2015

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajaranak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negarayang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran.

Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untukmewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan sumber manusia bertaraf dunia.

Kelayakan Memohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon
  2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta aktif dalam kegiatan ko kurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara.
  3. Lulus di peringkat SPM atau STPM tahun 2014 seperti berikut:-
    • Calon SPM : 9 A+ ke atas
    • Calon STPM : 4 Prinsipal A
  4. Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).
  5. Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.
  6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Nilai Anugerah

 
Jenis pembiayaan Kadar (RM)
Perubatan (RM) Lain-lain Bidang (RM)
Elaun Sara Hidup 9,240/tahun 8,400/tahun
Elaun Buku 1,000/tahun 600/tahun
Elaun Alat Perkakas 500
Elaun Tesis 400
Elaun Kertas Projek 200
Elaun Komputer 5,000 (maksima)
Yuran Pengajian Seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian
Tambang Kapal Terbang Sekali setahun; pergi dan balik untuk pusat pengajian di Sabah dan Sarawak

SKIM PELAJAR CEMERLANG YAYASAN PAHANG 2015

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalampeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ ProgramAsasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).

Kelayakan Memohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
    • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
    • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.
  2. Mempunyai kelulusan akademik dan kegiatan ko kurikulum yang cemerlang.
  3. Lulus di peringkat SPM tahun 2014 seperti berikut:-
    • Mendapat 8A dan ke atas
    • Mendapat 7A dan ke atas bagi pelajar yang menghafaz Al-Quran 15 juzu dan ke atas,
  4. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikutipengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM)dalam bidang Perubatan, Farmasi dan Perbankan / KewanganIslam. Pada masa yang sama, pelajar perlu membuatpermohonan Sistem Pemohonan Kemasukan Pelajar BagiSesi Akademik 2015/2016 (UPU Online) dengan menjadikanUIAM sebagai PILIHAN UTAMA.

Penajaan

 
Jenis pembiayaan Kadar (RM)
Elaun Sara Hidup 5,000 setahun
Yuran Pengajian Seperti yang ditetapkan oleh institusi pengajian

Cara-Cara Memohon

Borang permohonan boleh dimuat turun dari Laman Web YP di alamat : www.yp.org.my.

Tarikh Tutup Penerimaan Permohonan

Borang yang telah lengkap bolehlah dihantar terus ke YP sebelum atau pada 30 Mac 2015 (Isnin).

Keputusan pemilihan calon-calon anugerah BKMB dan SPC YP adalah muktamad.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-5181800
Faks : 09-5181888
Laman Web : www.yp.org.my
E-mail : ypahang@yp.org.my
(Safwati Ahmad / Norlatipah Alias / Zakiah Saleh)

Deadline

30 March 2015

Study Local or Abroad?local