Member Login

_____________________________________

Lost PasswordActivate Account

StudentCounsellorInstitution

Studymalaysia.com


Home \ Student's Hotspot \ Scholarships \ Permohonan untuk Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) 2015/2016

Permohonan untuk Melanjutkan Pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) 2015/2016

Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Sponsored ByKementerian Pendidikan Malaysia
Organisation AddressBahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5, 62200 Putrajaya.
Detailed description
  1. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2015/2016 perlu membuat permohonan secara atas talian di app.moe.gov.my/timurtengah.
  2. Permohonan atas talian akan dibuka pada 10 Mac 2015 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 10 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada atau sebelum 08 Mei 2015 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.
  3. Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada KPM. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPM TIDAK MELANTIK mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.
  4. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 5, 62200 Putrajaya.

Deadline

10 April 2015(talian)
8 May 2015(online)

Study Local or Abroad?local