Member Login

_____________________________________

Lost PasswordActivate Account

StudentCounsellorInstitution

Studymalaysia.com


MyBrain15

Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Sponsored ByMinistry of Higher Education Malaysia
Organisation Address

Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
Aras 4, Blok 1, Menara PJH, Presint 2,
62100, PUTRAJAYA

* u.p.: Program MyPhD (Bagi Program MyPhD)
* u.p.: Program MyMaster (Bagi Program MyMaster)
* u.p.: Unit IPTA (Bagi Program PhD Industri & SLAI)

No. Tel: 03-8888 1616
Fax: 03-8884 4701
Email:
i. Program MyPhD: myphd@mohe.gov.my
ii. Program MyMaster : mymaster@mohe.gov.my
iii. Program PhD Industri : phdindustri@mohe.gov.my
iv. Program SLAI : bs@mohe.gov.my

Detailed description

MyBrain15

Program MyBrain15 merupakan satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah dan menjadi salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Matlamat program adalah untuk mewujudkan kelompok sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi. Pelaksanaan program ini akan dapat membangunkan first world talent base yang akan menjadi salah satu inisiatif untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi. Di bawah program ini, Kerajaan mensasarkan untuk menghasilkan seramai 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023. Program-program yang dilaksanakan menerusi Program MyBrain15 adalah MyPhD, MyMaster, MyPhD Industri dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI).

MyPhD

MyPhD merupakan salah satu Program MyBrain15 yang menyediakan pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran untuk mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dari kalangan rakyat Malaysia menjelang tahun 2023 selaras dengan agenda “Malaysia sebagai Pusat kepada Perkembangan Pengetahuan dan Inovasi”. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan jumlah kumpulan tenaga kerja profesional tempatan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi berteraskan inovasi dan kreativiti yang mampu menjana pertumbuhan sektor ekonomi dan industri tempatan. Program ini merupakan insentif yang diberikan Kerajaan dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota masyarakat seiring dengan matlamat pembangunan ekonomi negara di bawah Model Baru Ekonomi (MBE) iaitu ekonomi berteraskan inovasi.

MyMaster

MyMaster diwujudkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi Program MyBrain15 bagi membiayai pengajian di peringkat Ijazah Sarjana. Program ini merupakan feeder kepada MyPhD. Objektif MyMaster adalah untuk merangsang dan menggalakkan graduan yang berkaliber meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang-bidang yang penting selaras dengan agenda pembangunan negara. Ianya sekaligus dapat membangun dan mengekalkan modal insan serta menjayakan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi.

PhD Industri

MyPhD Industri memberi tumpuan kepada para profesional dan pengamal industri dalam menghasilkan inovasi dan meningkatkan daya saing melalui penyelidikan berasaskan industri. Program ini adalah insentif Kerajaan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan antara pengamal industri dan ahli akademik dalam melahirkan profesional yang berpengetahuan tinggi. Pemohon yang berjaya akan dibiayai pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran.

Skim Latihan Akademik IPTA(SLAI)

SLAI bertujuan meningkatkan kualiti tenaga pengajar di IPTA selaras dengan objektif PSPTN iaitu "Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi". Di bawah RMKe-10, Kerajaan mensasarkan 75% pensyarah berkelayakan PhD atau setaraf di IPTA bertaraf Universiti Penyelidikan dan 60% di IPTA bukan bertaraf Universiti Penyelidikan. Skim ini terbuka kepada pensyarah/ tutor/ felo yang berkhidmat di IPTA sahaja.

For more information on each scholarship, please log onto: https://www.mohe.gov.my/MyBrain15/index.php

Deadline

5 Mei 2015 - 31 Julai 2015.

Study Local or Abroad?local