StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Student Info & Guide

Sains Sosial

by StudyMalaysia.com on September 18, 2023 | Career Guide

Sains Sosial - StudyMalaysia.com

Pengajian tentang masyarakat manusia dan hubungan sosial serta punca dan pengubahsuaian tingkah laku yang dikaitkan dengan perbezaan individu, pengalaman dan persekitaran.

Melibatkan pelbagai disiplin dan merangkumi pemahaman tentang perkembangan manusia, tingkah laku dan interaksi dari segi politik, ekonomi, budaya, sejarah, sosial dan psikologi.

Ekonomi menyediakan satu rangka kerja bagi kajian inflasi, pengangguran, monopoli dan pertumbuhan ekonomi dan bagaimana sistem ekonomi yang berlainan berfungsi.

Dalam sains politik, anda akan menerokai asal-usul, perkembangan dan fungsi kerajaan dan kuasa politik dan bagaimana ia berbeza di antara negara.

Kursus dalam bidang psikologi mengambil berat tentang tingkah laku haiwan dan manusia dan proses mereka belajar, berfikir dan mengalami emosi.

Dalam sosiologi, anda akan belajar tentang masyarakat dan tingkah laku sosial mereka dan bagaimana ianya dipengaruhi oleh hubungan, kaum, jantina dan status sosial.

Beberapa disiplin pembelajaran:

  • ekonomi, ekonometrik, sains politik, kajian dasar awam, hubungan antarabangsa, psikologi, psikoterapi, sosiologi, geografi manusia dan antropologi sosial.

Klik pautan ini untuk meneroka senarai kemungkinan pekerjaan dan kursus yang ditawarkan oleh institusi dalam bidang pengajian ini.

  https://studymalaysia.com/career-guide/fields-of-study-social-sciences

You May Also Be Interested In...


Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会