StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

KPM - Tawaran Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2021

Sponsored by: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Deadline31 Mac 2021
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Permohonan ini dibuka kepada semua pelajar yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon biasiswa bagi pembiayaan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Biasiswa ini dikhususkan untuk bakal guru yang mencapai prestasi pengajian yang cemerlang di Universiti Awam (UA).

 

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Calon mestilah Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2020 (tahun permohonan);
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
  5. Bagi calon Bidang Bahasa Inggeris / TESL / TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan;
  6. Bagi calon Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, calon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA) / Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon;
  7. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;
  8. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
  9. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

 

Bidang-Bidang Pendidikan Yang Layak Memohon

  1. Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / Bahasa Malaysia
    • Bacelor Pendidikan Bahasa Melayu Dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Bahasa Malaysia)
  2. Bahasa Inggeris / TESL / TESOL
    • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (Kepujian)
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
    • Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan TESL)
    • Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) (TESL) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (TESOL)
    • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua
  3. Bahasa Cina
    • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina Dengan Pendidikan
  4. Sejarah
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan Sains Sosial)
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Sejarah)
  5. Geografi
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Dengan Sains Sosial)
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Geografi) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sastera Dengan Pendidikan (Kepujian) (Geografi)
  6. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Sukan Dan Rekreasi)
    • Bacelor Pendidikan Dalam Pendidikan Jasmani Dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) Dengan Kepujian
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Sukan) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Sains Sukan) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
  7. Seni Visual
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Seni Dan Senireka
  8. Pendidikan Khas
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Pendidikan Khas)
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Khas)
  9. Dini (Medium Pengajaran dalam Bahasa Arab)
    • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) (Kepujian)
    • Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Al-Quran)
    • Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam)
    • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Pendidikan (Pengajian Islam) Dengan Kepujian
  10. Tahfiz
    • Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz Al-Quran Dan Qira'at Dengan Kepujian
  11. Kimpalan dan Fabrikasi Logam
    • Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan Dan Fabrikasi Logam) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Teknologi Dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) Dengan Kepujian (Kimpalan Dan Fabrikasi Logam)
  12. Automotif
    • Sarjana Muda Teknologi Dengan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) Dengan Kepujian
  13. Rekabentuk Teknologi
    • Sarjana Muda Pendidikan (Reka Bentuk Dan Teknologi) Dengan Kepujian
    • Sarjana Muda Pendidikan (Reka Cipta) Dengan Kepujian

 

Panduan Memohon

Permohonan secara dalam talian (online) yang telah ditangguhkan sebelum ini akan dibuka semula sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di alamat https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm mulai 1 Mac 2021 (Isnin), jam 5.00 petang hingga 31 Mac 2021 (Rabu), jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan. Pemohon dipohon untuk merujuk kepada portal rasmi KPM bagi sebarang pemakluman terkini.

Pemohon adalah diingatkan untuk membaca dan memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan sahih. Kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan ditolak.

Pemohon dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.

Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan sah. Justeru, borang permohonan dan salinan sijil / dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain. Dokumen ASAL perlu dibawa semasa temu duga sekiranya terpilih.

Permohonan yang tidak mematuhi syarat / tidak lengkap / tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak.

Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga (3) kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.

Pemohon WAJIB memuat turun dan menyimpan / mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan rujukan pada masa akan datang.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan tatacara dan panduan penggunaan sistem ePenawaran, boleh menghubungi urusetia berikut :

Pertanyaan umum berkaitan program :

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
(u.p. : Cik Nur Amalina Alyani binti Sajat / Encik Fizry Azmier bin Salehuddin / Cik Nurhafifah binti Rosli / Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik Asri bin Asmuni)

No. Telefon : 03-8888 1616 (Hotline) / 03-8870 6375 / 03-8870 6362/ 03-8870 6442 / 03-8870 6369 03-8870 6000 samb. 4416 / 4950
Faks : 03-8870 6839
E-mel : [email protected]

 


Sumber: https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/pengumuman/tawaran-biasiswa-perguruan-persekutuan-program-ijazah-sarjana-muda-pendidikan-ismp-di-universiti-awam-tahun-2021

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会