StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

PELAWAAN PROGRAM PENAJAAN KUMPULAN PELAKSANA (PPKP) SECARA SEPENUH MASA TAHUN 2022

Sponsored by: JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Deadline31 October 2022
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Pegawai Kumpulan Pelaksana (PKP) lantikan Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) bagi pengajian Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia, Diploma dan Ijazah Pertama secara Sepenuh Masa. Permohonan dalam talian dibuka bermula 18 Februari 2022 hingga 31 Oktober 2022.

Program Penajaan Kumpulan Pelaksana (PPKP) adalah merupakan
program penajaan pengajian bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana
(PKP) dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk mengikuti
pengajian di peringkat Ijazah Pertama, Diploma, Diploma Kemahiran
Malaysia atau Sijil Kemahiran Malaysia secara sepenuh masa atau
separuh masa.

Justeru, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin mempelawa PKP
dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berminat dan
berkelayakan untuk memohon PPKP bagi pengajian secara SEPENUH
MASA melalui pautan http://esilav2.jpa.gov.my bermula daripada 18
Februari 2022 sehingga 31 Oktober 2022. Maklumat lanjut
berhubung permohonan ini adalah seperti di Lampiran A.

Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan
yang berkaitan hendaklah dikemukakan dan diterima oleh pihak JPA
selewat-lewatnya 1 bulan sebelum tarikh memulakan pengajian sama
ada melalui serahan tangan / pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pembangunan Latihan Dalam Perkhidmatan)

Walau bagaimanapun, permohonan PPKP bagi pengajian secara
SEPARUH MASA masih belum dibuka pada masa ini dan maklumat
terperinci mengenainya akan dibuat hebahan secara berasingan
kelak.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung PPKP ini,
pihak penyelaras yang boleh hubungi adalah seperti berikut:

(i) Penyelaras : Unit Pembangunan Latihan Dalam Perkhidmatan
Program : PPKP (sepenuh masa)
Telefon : 03-8885 3468/ 3518/ 3359
E-mel : [email protected]

(ii) Penyelaras : Unit Pengurusan Penawaran Latihan Dalam Perkhidmatan
Program : PPKP (separuh masa)
Telefon : 03-8885 3053
E-mel : [email protected]

 

Notis Iklan

Syarat dan Tatacara

Senarai Bidang TVET dan PBA

Senarai Bidang Ijazah dan Diploma

Senarai Penyakit Kronik

Senarai IPTA Dan Politeknik

Senarai Dokumen

Borang Kesihatan JPA

Borang Pengesahan Berpindah

Borang Pengesahan TVET

Pautan Permohonan Sijil dan Diploma TVET

Pautan Permohonan Diploma dan Ijazah Pertama

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会