StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

Permohonan Kemasukan Pengajian Peringkat Asasi Kolej MARA Ambilan Julai Tahun 2022

Sponsored by: Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Deadline30 Jun 2022
Organisation TypePrivate Higher Educational Institutions
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2021 bagi kali pertama, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi Kolej MARA dan seterusnya melayakkan pemohon untuk mendapatkan pinjaman pelajaran MARA ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Program Asasi Kolej MARA Tahun 2022 merupakan program kepada pelajar Bumiputera bagi mengikuti pengajian peringkat Asasi di Kolej MARA dalam kluster Perniagaan, Kejuruteraan dan Teknologi serta Sains.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

  1. Asasi Perniagaan
  2. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

SYARAT AM

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berstatus Bumiputera bagi pemohon DAN ibu ATAU bapa;
  3. Berumur 18 tahun pada tahun 2022.
  4. Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
  5. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari manamana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
  6. Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
  7. Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
  8. MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad; dan
  9. Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.

SYARAT KHUSUS
1. Asasi Perniagaan (Universiti Tenaga Nasional)

(a) Program / Kod Program / Tempoh pengajian / Kolej Pengajian

  • Kod Program : FIB-UNITEN
  • Tempoh Pengajian : 1 tahun (2 semester)
  • Kolej Pengajian : Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah.

(b) Syarat / Gred Minimum Keputusan SPM

  • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred A- bagi DUA (2) subjek dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek :
    • Bahasa Melayu
    • Matematik
  • SERTA memperoleh Gred B dalam LIMA (5) termasuk subjek :
    • Bahasa Inggeris
    • EMPAT (4) subjek lain dan
  • LULUS subjek Sejarah

2. Asasi Kejuruteraan & Teknologi (Universiti Tenaga Nasional)

(a) Program / Kod Program / Tempoh pengajian / Kolej Pengajian

  • Kod Program : FET-UNITEN
  • Tempoh Pengajian : 1 tahun (2 semester)
  • Kolej Pengajian : Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah.

(b) Syarat / Gred Minimum Keputusan SPM

  • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred A- bagi DUA (2) subjek dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek :
    • Bahasa Melayu
    • Matematik
  • SERTA memperoleh Gred B dalam LIMA (5) termasuk subjek :
    • Bahasa Inggeris
    • Fizik/Kimia (salah satu)
    • Matematik Tambahan
    • DUA (2) subjek lain dan
  • LULUS subjek Sejarah

CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di laman sesawang:

  1. Permohonan dibuka secara atas talian (online) di laman sesawang MARA http://www.mara.gov.my serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) https://apponline.mara.gov.my/upimonline
  2. Pada peringkat PERMOHONANcalon lepasan SPM 2021 DIWAJIBKAN untuk mengisi maklumat keputusan SPM dengan keputusan peperiksaan percubaan SPM ATAU keputusan peperiksaan akhir tahun
  3. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  4. Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja
  5. Calon boleh merujuk kepada Soalan Lazim (Frequently Asked Question – FAQ) secara dalam talian di https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2022/02/Soalan-Lazim-Kemasukan-KPM-KM-Sesi-2022_2023.pdf yang dimuat naik di portal MARA dan portal UPIM bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

TARIKH PENTING

  1. Tarikh buka permohonan : 22 Februari 2022
  2. Tarikh tutup permohonan : 30 Jun 2022
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2022 pada jam 11:59 malam.
  • Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  1. Keputusan permohonan bagi program diploma KPM dan Asasi KM ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang UPIM pada 1 Julai 2022, selepas jam 3:00 petang.
  2. Tawaran semakan keputusan adalah MUKTAMAD. Permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej selepas keputusan ditawarkan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  3. Sebarang permohonan rayuan bagi pelajar yang tidak ditawarkan keputusan perlu dikemukakan secara atas talian (online) melalui Sistem UPIM di laman sesawang https://apponline.mara.gov.my/upimonline mulai 1 Julai 2022.

PERTANYAAN PENAJAAN

  1. Pertanyaan berkenaan dengan permohonan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi Unit Pusat Institusi MARA (UPIM), Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) di talian 03- 26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03- 26134081 atau melalui e-mel [email protected] mulai 22 Februari 2022 dari jam 9:00 pagi sehingga 4:30 petang pada hari Isnin sehingga Jumaat.
  2. Maklumat terkini juga boleh diperolehi melalui saluran media sosial HiEduMARA seperti di bawah:

Facebook               : https://www.facebook.com/hiedumara
Twitter                   : https://twitter.com/Hi_EduMARA
Instagram              : https://www.instagram.com/hiedumara/
Telegram               : https://t.me/s/hiedumara

 

PERTANYAAN PROGRAM

Kejuruteraan & Sains Komputer

En. Irwandi            : 019-9644520
En. Samsuddin      : 011-65654206

Perakaunan & Pengurusan Perniagaan

Pn Nik Fanidautty : 019-6940874

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会