StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

PERMOHONAN PROGRAM KHAS IJAZAH LUAR NEGARA (PKILN) TAHUN 2022

Sponsored by: JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Deadline24 July 2022
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?International

Sukacita Jabatan ini mempelawa pelajar cemerlang lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Persediaan untuk memohon penajaan di bawah Program Khas Ijazah Luar Negara Tahun 2022. Permohonan adalah secara dalam talian yang akan dibuka mulai 15 Julai 2022, 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022, 5.00 petang.

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus pemeriksaan kesihatan;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
  • Tamat pengajian program persediaan yang dikenal pasti (rujuk perincian di perenggan 2.2) pada tahun 2022 dengan keputusan minimum yang ditetapkan;
  • Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (atau 23 tahun bagi pelajar peralihan);
  • (vii) Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat / tanpa syarat daripada universiti untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa; dan
  • Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022.

Iklan PKILN Tahun 2022

Sila klik di sini untuk memohon

Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-melkan ke [email protected]

(e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja)

Back to Scholarships Page