StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

PERMOHONAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) TAHUN 2022

Sponsored by: JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Deadline24 July 2022
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local & international

Sukacita Jabatan ini mempelawa pelajar cemerlang lepasan Ijazah PertamaSarjana tajaan JPA untuk memohon penajaan di bawah Program Pelajar Cemerlang Tahun 2022. Permohonan adalah secara dalam talian yang akan dibuka mulai 15 Julai 2022, 5.00 petang sehingga 24 Julai 2022, 5.00 petang.

Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia berumur tidak lebih 26 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 30 tahun bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D) pada tahun permohonan;
  • Mempunyai kesihatan yang baik;
  • Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
  • Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
  • Pelajar merupakan pelajar tajaan JPA semasa peringkat Ijazah Pertama / Sarjana bagi memohon ke peringkat pengajian yang lebih tinggi;
  • Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat Ijazah Pertama / Sarjana;
  • Pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat Ijazah Pertama atau Sarjana pada tahun 2020 dan 2021 hingga tarikh tutup permohonan penajaan ini di mana ianya bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada peringkat Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D);
  • Pelajar semasa memohon dan sepanjang tempoh penajaan mestilah tidak terikat dengan kontrak perkhidmatan sama ada secara tetap atau kontrak atau sambilan di agensi awam termasuk badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau agensi swasta supaya pelajar dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pelajar. Obligasi ikatan kontrak berkhidmat bagi penajaan JPA yang diterima terdahulu hendaklah diuruskan 3 sewajarnya berdasarkan dasar-dasar penajaan yang berkuat kuasa.
  • Pelajar telah mendapat tawaran bersyarat / tanpa syarat daripada universiti dan mengikuti pengajian secara sepenuh masa;
  • Program Ijazah Sarjana yang dimohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam. Sebagai contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering (M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya layak digunakan untuk tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan atau RIBA Part II bagi pengajian senibina yang mana ia hanya diiktiraf setaraf Ijazah Sarjana Muda Senibina sahaja;
  • Pelajar perlu memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022; dan
  • Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 9 bulan bagi pengajian peringkat Sarjana dan 24 bulan bagi pengajian peringkat Kedoktoran (Ph.D).

Iklan PPC Tahun 2022

Sila klik di sini untuk memohon

Sebarang pertanyaan lanjut boleh e-melkan ke [email protected]

(e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja)


Back to Scholarships Page