StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

Yayasan Bank Rakyat - Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah 2023

Sponsored by: Yayasan Bank Rakyat
Deadline17 Oktober 2023
Organisation TypePrivate Sector / Organisation
Fund TypeEducation Funds
Study Local or Abroad?Local

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH

PPBU ditawarkan kepada peringkat pengajian tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda kepada warganegara Malaysia yang layak. Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). PPBU menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar dalam spektrum yang luas berkenaan akademik dan praktikal yang diambil berdasarkan pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR yang berorientasikan kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.

Bidang Pengajian Yang Diberi Keutamaan

Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut: –

  1. Perakaunan
  2. Perbankan
  3. Pengurusan Perniagaan
  4. Sumber Manusia
  5. Ekonomi
  6. Komunikasi Media
  7. Undang-Undang
  8. Sains Aktuari
Peratusan Bayaran Balik

Bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.

CGPA PERATUS BAYARAN BALIK (%) INSENTIF (%)
3.50-4.00 0 100
3.33-3.49 10 90
3.00-3.32 20 80
2.75-2.99 50 50
2.50-2.74 70 30
<2.49 100 0

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa sahaja.
  3. TIDAK kurang daripada 18 tahun semasa permohonan dan menerima tawaran pengajian.
  4. Pengesahan kemasukan daripada Universiti awam ATAU swasta ATAU Pusat Latihan.
  5. Pemohon mesti memiliki Diploma dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau Matrikulasi dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan PNGK minimum 3.0 atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan kelayakan Jayyid Jiddan atau Mumtaz iaitu setaraf dengan STPM.
  6. KEUTAMAAN KEPADA PELAJAR KELUARGA B40.

Permohonan dibuka:
18 September - 17 Oktober 2023

Laman web: https://yayasanbankrakyat.com.my/ybr23/#

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会