StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

Yayasan Tenaga Nasional Biasiswa Program Universiti Terkemuka Luar Negara 2018

Sponsored by: Yayasan Tenaga Nasional (TNB)
Deadline22 Mac 2018
Organisation TypePrivate Sector / Organisation
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?International

Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon biasiswa dan pinjaman boleh ubah Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di UNITEN, Universiti Awam dan Universiti Terkemuka Luar Negara mengikut iklan yang dikeluarkan.

Bidang Tajaan

Ijazah Sarjana Muda

  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Perakaunan
  • Business Analytic
  • Data Science & Analytic
  • Digital Innovation & IT Management

Syarat & Kelayakan Akademik

Bagi Calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Kejuruteraan

Lulus peperiksaan SPM 2017 dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia

dan 1 subjek pilihan dari berikut:-

  • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Pendidikan Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pengajian Al-Quran & As-Sunnah / Pengajian Syariah Islamiah

Perakaunan / Kewangan / Digital Innovation & IT Management

Lulus peperiksaan SPM 2017 dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa INggeris
  • Sejarah
  • Matematik

3 subjek pilihan dari berikut:-

  • Matematik Tambahan / Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi

dan 1 subjek pilihan dari berikut:-

  • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Pendidikan Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pengajian Al-Quran & As-Sunnah / Pengajian Syariah Islamiah

Data Science & Analytic / Business Analytic

Lulus peperiksaan SPM 2017 dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi minimum A dalam 8 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Matematik Tambahan

2 subjek pilihan dari berikut:-

  • Fizik / Kimia / Biologi / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Geografi

dan 1 subjek pilihan dari berikut:-

  • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Pendidikan Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pengajian Al-Quran & As-Sunnah / Pengajian Syariah Islamiah
Bagi Calon Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Lulus peperiksaan STPM 2017 dengan mencapai gred A (NGMP 4.00) dalam 4 subjek mengikut bidang pengajian seperti berikut:-

Kejuruteraan Perakaunan Data Science & Analytic / Business Analytic Digital Innovation & IT Management
- Pengajian Am - Pengajian Am - Pengajian Am - Pengajian Am
- Fizik - Perakaunan - Matematik - Information & Communication Technology
- Matematik - 2 subjek pilihan - 2 subjek pilihan - 2 subjek pilihan

Serta lulus SPM 2015 dengan mencapai minimum A dalam subjek Bahasa Inggeris (GCE-O) dan memperolehi A dalam 4 subjek berikut:-

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Moral / Pendidikan Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

Syarat Tambahan Permohonan

  • Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM pada tahun 2018
  • Aktif dalam Kegiatan Ko-Kokurikulum
  • Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  • Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN

Tarikh-Tarikh Penting

  • Tarikh buka permohonan adalah pada 15 Mac 2018
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mac 2018
  • Sila semak laman web YTN bagi pemakluman calon yang berjaya ke temuduga pada 28 Mac 2018

Pertanyaan

Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi YTN di talian am 03-89247500 atau pegawai berikut:

Pengambilan

  • En. Mohd Nasir Ali (samb : 7511)
  • En. Khairil Anuar Mohamad (samb : 7531)
  • Cik Fatimah Mustafa (samb : 7539)
  • En. Mohamad Syahir (samb : 7529)

Teknikal / Sistem

  • Encik Muhamad Ros Azmir (samb : 7523)
  • Pn Noor Marhammah Wahab (samb : 7543)

Layari http://ytn.tnb.com.my/sam/ untuk membuat permohonan.


Source: http://ytn.tnb.com.my/sam/iklanoverseas.php

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会