StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

Yayasan Tenaga Nasional Pinjaman Boleh Ubah UNITEN Peringkat Asas / Sarjana Muda 2018

Sponsored by: Yayasan Tenaga Nasional (TNB)
Deadline30 Mac 2018
Organisation TypePrivate Sector / Organisation
Fund TypeLoans
Study Local or Abroad?Local

Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon biasiswa dan pinjaman boleh ubah Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di UNITEN, Universiti Awam dan Universiti Terkemuka Luar Negara mengikut iklan yang dikeluarkan.

Syarat & Kelayakan Akademik

Peringkat Asas

Bidang Kejuruteraan

Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya C dalam bahasa Melayu dan

Memperolehi Agregat tidak melebihi 18 unit* (<18 unit) dalam lima (5) subjek-subjek berikut:

  • Matematik (Gred minima = A-)
  • Matematik Tambahan (Gred minima = B)
  • Fizik (Gred minima = B)
  • Kimia (Gred minima = C)
  • Bahasa Inggeris (Gred minima = C)

Bidang Bukan Kejuruteraan

Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya C dalam bahasa Melayu dan

Memperolehi Agregat tidak melebihi 18 unit* (<18 unit) dalam kombinasi lima (5) subjek-subjek berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • 3 daripada subjek-subjek berikut:-
    Sains / Fizik / Matematik Tambahan / Kimia / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi
    atau
    Pilih salah satu yang terbaik daripada subjek-subjek berikut:-
    Pendidikan Moral / Pengetahuan Agama Islam/ Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

*Cara Pengiraan Aggregate: ( A+ = 0, A=1, A- =2, B+=3, B=4, C+=5, C=6, D=7, E=8, G=9 )

Peringkat Ijazah Sarjana Muda

  • Lulus STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (PNGK > 3.00) atau
  • Lulus Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) dalam bidang yang berkaitan atau
  • Lulus Matrikulasi / Asas dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK > 2.50) dalam bidang yang berkaitan.

Syarat Tambahan Permohonan

  • Peringkat Asas, mestilah berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1/1/2018.
  • Hanya pemohon kemasukan Mei 2018 yang telah mendapat tempat di UNITEN sahaja layak memohon.
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda, hendaklah berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1/1/2018.
  • Telah mendapat tempat di UNITEN.
  • Bagi para pelajar Ijazah yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini (Semester 2, 2017/2018)
  • Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA.
  • Pendapatan ibu bapa diambilkira dalam menentukan jenis Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan, iaitu sama ada bantuan penuh atau separa.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layak memohon.

Penghataran Dokumen

  • Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang perlu menghantar dokumen sokongan. Pelajar baharu yang disenarai pendek diwajibkan menghantar salinan surat tawaran Universiti dan resit BMK bersama dengan dokumen sokongan yang lain.
  • Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:-

    Pengarah
    Yayasan Tenaga Nasional
    Peti Surat 70
    Pejabat Pos Bandar Baru Bangi
    43650 Bandar Baru Bangi
    Selangor Darul Ehsan

Nilai Bantuan Pinjaman Boleh Ubah

Jenis Pinjaman Berdasarkan Pendapatan Ibu-bapa Nilai Bantuan Pinjaman
Pinjaman Penuh
- Calon anak anggota kerja TNB atau
- Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan tidak melebihi RM8,000 (< RM8,000) sebulan.
Peringkat Asas & Ijazah
Yuran Pengajian + Elaun Sara Hidup (RM 6,000 setahun)
+ Elaun Buku (RM 600 setahun)
Pinjaman Separa
- Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan melebihi RM8,000 (> RM8,000) sebulan.
Peringkat Asas & Ijazah
Yuran Pengajian + Elaun Buku (RM600 setahun)

Tarikh-Tarikh Penting

  • Tarikh buka permohonan adalah mulai 15 - 30 Mac 2018
  • Tarikh semakan nama calon yang disenarai pendek bermula pada 4 April 2018
  • Tarikh penghantaran dokumen sokongan adalah mulai 4 April - 16 April 2018

Lain-Lain

  • Bilangan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan adalah TERHAD.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak mendapat apa –apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  • Penajaan berkuatkuasa mulai Semester 1, 2018/2019 bagi yang berjaya.

Pertanyaan

Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi YTN di talian am 03-89247500 atau pegawai berikut:

Pengambilan

  • En. Mohd Nasir Ali (samb : 7511)
  • En. Khairil Anuar Mohamad (samb : 7531)
  • Cik Fatimah Mustafa (samb : 7539)
  • En. Mohamad Syahir (samb : 7529)

Teknikal / Sistem

  • Encik Muhamad Ros Azmir (samb : 7523)
  • Pn Noor Marhammah Wahab (samb : 7543)

Layari http://ytn.tnb.com.my/sam/ untuk membuat permohonan.


Source: http://ytn.tnb.com.my/sam/iklanunitenpbuasasdegree.php

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会