StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

Yayasan Tenaga Nasional Pinjaman Boleh Ubah Universiti Awam Peringkat Diploma / Sarjana Muda 2018

Sponsored by: Yayasan Tenaga Nasional (TNB)
Deadline30 Mac 2018
Organisation TypePrivate Sector / Organisation
Fund TypeLoans
Study Local or Abroad?Local

Calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah dipelawa untuk memohon biasiswa dan pinjaman boleh ubah Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi mengikuti pengajian dalam bidang-bidang tertentu di UNITEN, Universiti Awam dan Universiti Terkemuka Luar Negara mengikut iklan yang dikeluarkan.

Hanya terbuka kepada anak anggota kerja TNB dan anak-anak syarikatnya sahaja

Syarat & Kelayakan Akademik

Bidang Kejuruteraan

  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal

Bidang Bukan Kejuruteraan

  • Teknologi Maklumat
  • Sains Komputer
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Ekonomi
  • Pengajian Bisnes
  • Undang-Undang

Syarat Akademik - Peringkat Diploma

Bidang Kejuruteraan

Lulus SPM dengan memperolehi aggregate tidak melebihi 25 unit *(<25 unit)  dalam kombinasi lima (5) subjek yang berkaitan termasuk Bahasa Melayu dan 4 subjek terbaik daripada subjek-subjek berikut :-

  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Bahasa Inggeris

Bidang Bukan Kejuruteraan

Lulus SPM dengan memperolehi aggregate tidak melebihi 25 unit *(<25 unit)  dalam kombinasi lima (5) subjek yang berkaitan termasuk Bahasa Melayu dan 4 subjek terbaik daripada subjek-subjek berikut :-

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains/ Fizik/ Matematik Tambahan/ Kimia/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Sejarah/ Geografi

atau

pilih salah satu yang terbaik daripada subjek-subjek berikut :

  • Pendidikan Moral/ Pengetahuan Agama Islam/ Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi)/ Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah

*Cara Pengiraan Aggregate: ( A+ = 0, A=1, A- =2, B+=3, B=4, C+=5, C=6, D=7, E=8, G=9 )

atau

*Lulus Sijil dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.80 (PNGK > 2.80) dalam bidang yang berkaitan.

Syarat Akademik - Peringkat Ijazah Sarjana Muda

  • Lulus STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA / PNGK 3.00 atau
  • Lulus Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) dalam bidang yang berkaitan atau
  • Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK > 2.50) dalam bidang yang berkaitan.

Syarat Tambahan Permohonan

  • Pelajar hendaklah berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1/1/2018.
  • Permohonan ini layak untuk Anak Anggota Kerja TNB dan Anak-anak Syarikatnya sahaja.
  • Telah mendapat tempat di Universiti Awam.
  • Bagi para pelajar yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (PNGK > 3.00) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini. (Semester 1, 2017 /2018)
  • Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UA dan seorang di UNITEN.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layak memohon.

Tarikh-Tarikh Penting

  • Tarikh buka permohonan adalah mulai 15 - 30 Mac 2018
  • Tarikh semakan nama calon yang disenarai pendek bermula pada 4 April 2018
  • Tarikh Penghantaran dokumen sokongan adalah mulai 4 - 16 April 2018

Penghataran Dokumen

  • Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang perlu menghantar dokumen sokongan.
  • Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:-

    Pengarah
    Yayasan Tenaga Nasional
    Peti Surat 70
    Pejabat Pos Bandar Baru Bangi
    43650 Bandar Baru Bangi
    Selangor Darul Ehsan

Nilai Bantuan Pinjaman Boleh Ubah

Jenis Pinjaman Nilai Bantuan Pinjaman
Anak Anggota Kerja TNB  dan Anak-anak Syarikatnya sahaja yang layak memohon
  • Diploma: RM5,000 setahun.
  • Ijazah: RM7,000 setahun.

Lain-Lain

  • Bilangan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan adalah TERHAD.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak mendapat apa –apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

Pertanyaan

Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi YTN di talian am 03-89247500 atau pegawai berikut:

Pengambilan

  • En. Mohd Nasir Ali (samb : 7511)
  • En. Khairil Anuar Mohamad (samb : 7531)
  • Cik Fatimah Mustafa (samb : 7539)
  • En. Mohamad Syahir (samb : 7529)

Teknikal / Sistem

  • Encik Muhamad Ros Azmir (samb : 7523)
  • Pn Noor Marhammah Wahab (samb : 7543)

Layari http://ytn.tnb.com.my/sam/ untuk membuat permohonan.


Source: http://ytn.tnb.com.my/sam/iklaniptadipdegree.php

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会