StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Course Details
Asia e University (AeU) Logo

Diploma in Islamic Studies

Offered by: Asia e University (AeU)
Course Duration3.5 Yrs
Part Time/Full TimePart Time
Conducted entirely in MalaysiaYes
Level of StudyDiploma Level
Field of StudyHumanities
Mode of StudyFully Online / Blended Learning
Course Description
Program Diploma Pengajian Islam, Asia e University merupakan program Pengajian Islam yang dibentuk untuk merangkumkan keseluruhan tradisi arus perdana khazanah keilmuan Islam digabungjalinkan dengan perkembangan dan cabaran semasa.
 
Program Pengajian Islam yang unik ini menggabung pendekatan tradisi, talaqqi dan teks Pengajian Islam dengan teknologi pembelajaran terkini khususnya pembelajaran on-line. Dalam konteks dunia globalisasi dan teknologi maklumat semasa, Pengajian Islam memerlukan anjakan paradigma pembelajaran yang berupaya meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam secara komprehensif tetapi kompetitif dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan dan kemanusiaan.
Curriculum

Mata pelajaran Diploma Pengajian Islam Asia e University merangkumi kesemua bidang-bidang utama Pengajian Islam Arus Perdana termasuk Tradisi Ilmu Aqliyyah (Mantiq dan Adab Al-Bahth wal Munazarah); Tradisi Ilmu Naqliyyah (Al-Qur’an dan Al-Hadith); Akidah dan Kalam; Syariah dan Usul al-Fiqh; Fiqh Ibadat dan Muamalat; Akhlak dan Tasawwuf; Sejarah Islam; Bahasa Arab; Jawi; dan Perbandingan Pemikiran dan Peradaban Semasa.

Kursus Wajib

  • Logik/Mantiq
  • Dialogik/Adab al-Bahth wal Munazarah
  • Cabaran Aqliyyah Semasa
  • Ulum al-Qur’an
  • Ulum al-Hadith
  • Cabaran Naqliyyah Semasa
  • Kalam
  • Aplikasi Fiqh
  • Fiqh Muamalat
  • Akhlaq
  • Tasawwuf dan Cabaran Kerohanian Semasa
  • Sirah
  • Sejarah Khalifah Islamiyyah
  • Institusi Islam di Malaysia
  • Asas Pembelajaran Bahasa Arab
  • Bahasa Arab Komunikasi
  • Jawi
  • Perbandingan Agama
  • Perbandingan Epistemologi
  • Perbandingan Etika

Kursus Teras

  • Aqidah
  • Asas Fiqh
  • Pengantar Syariah
  • Usul al-Fiqh
  • Tafsir
  • Hadith
  • Tasawwur Islam

Kursus Mata Pelajaran Umum

  • Pengajian Malaysia
  • Kemahiran Maklumat dan Penyelidikan
  • Keusahawanan dan Etika di Malaysia
  • Projek Khidmat Masyarakat

Kursus Wajib Universiti

  • Penulisan Akademik
  • Etika di Asia
Entry Requirements

Untuk Pelajar-Pelajar Malaysia dan Antarabangsa:

Kemasukan Biasa:

Calon hendaklah mendapat sekurang-kurangnya;

  • SPM / SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit DAN lulus dalam satu (1) mata pelajaran Bahasa Arab ATAU satu (1) mata pelajaran Pengajian Islam; ATAU
  • ‘O’ Level dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) subjek dan lulus dalam satu (1) mata pelajaran Bahasa Arab atau satu (1) mata pelajaran Pengajian Islam; ATAU
  • Sijil Pengajian Islam atau bidang yang berkaitan (MQF Level 3) dengan minimum PNGK 2.00; ATAU
  • STPM ATAU kelayakan yang setaraf dengan sekurang-kurangnya Gred C (PNGK 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran; dan Lulus satu (1) mata pelajaran Bahasa Arab atau satu (1) mata pelajaran Pengajian Islam di peringkat SPM ATAU STPM; ATAU
  • STAM (Gred Maqbul); ATAU
  • Lain-lain kelayakan yang setaraf dan diiktiraf.

Untuk Pelajar-Pelajar Malaysia Sahaja:

Saluran Kemasukan Fleksibel

Kemasukan Akreditasi Pengalaman Terdahulu Pembelajaran Keperluan (APEL) :

  • Calon mesti memohon melalui Agensi Kelayakan Malaysia.

Keperluan Kompetensi Bahasa Inggeris Untuk Pelajar Antarabangsa:

  • Skor mimimum 4.0 untuk IELTS; ATAU
  • Skor miminum TOEFL PBT 397 / TOEFL IBT 30-31; ATAU
  • Pearson Test of English PTE 30; ATAU
  • Cambridge English: Advance (CAE 160); ATAU
  • Cambridge English: Proficiency (CPE 180); ATAU
  • Malaysian University English Test (MUET Band 2).

*Syarat kemasukan diatas hanya sebagai rujukan, untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi Unit Kemasukan AeU.

All fees are in RM (Ringgit Malaysia) currency unless stated otherwise.


Other Courses in this Level of Study Other Courses in this Field of Study

Back to Courses

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会