StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Course Details
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / The National University of Malaysia Logo

Bachelor of Science (Materials Science) (Hons)

Offered by: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) / The National University of Malaysia
Exam BodyInternal Degree, Malaysia
Course Duration8 Sem
Part Time/Full TimeFull Time
Fees600/sem
FacultyFaculty of Science and Technology
Conducted entirely in MalaysiaYes
Level of StudyBachelor's Degree Level
Field of StudyScience (Life Science/Physical Science/Applied Science)
Stream RequirementsScience Stream
Course Description

Program Sains Bahan telah ditubuhkan pada tahun 1992. Program ini telah memulakan pengambilan pelajar kumpulan pertama seramai 12 orang pada sesi 1992-1993 dikalangan pelajar yang tamat tahun 1 di Fakulti Sains Fizis dan Gunaan (FSFG). Pada tahun 1999, FSFG bersama-sama dengan tiga fakulti lain distruktur semula menjadi Fakulti Sains dan Teknologi (FST).

Di bawah struktur FST, Program Sains Bahan merupakan salah satu program di bawah Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG). Program PPFG yang lain adalah Program Fizik dan Program Sains Nuklear. Program Sains Bahan telah melahirkan seramai 600 orang graduan sehingga sejak penubuhannya sehingga tahun 2010.

Sains Bahan adalah suatu bidang ilmu multidisiplin yang mencakupi asas sains iaitu Fizik, Kimia dan Matematik. Umumnya, bahan dikelompokkan kepada logam, polimer, seramik, komposit dan semikonduktor. Bidang pengetahuannya merangkumi mikrostruktur dan sifat bahan, fabrikasi, ujian dan analisa serta aplikasi bahan. Pelajar-pelajar yang mengikuti Program Sains Bahan diwajibkan mengikuti Latihan Industri selama tidak kurang daripada 12 minggu di sektor industri atau pusat penyelidikan yang berkaitan dengan bahan. Melalui Latihan Industri pelajar akan mendapat pengalaman profesional dalam aspek teknikal dan pengurusan industri yang berkaitan dengan bahan. Bagi melengkapkan pelajar dengan teknik penyelidikan, pelajar wajib menjalankan tiga peringkat Latihan Amali di makmal dan Latihan Ilmiah dalam bentuk projek penyelidikan dalam tempoh pengajian di Program Sains Bahan.

Entry Requirements

KELAYAKAN MINIMUM STPM

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut:

• Physics

• Chemistry

• Biology / Mathematics T / Further Mathematics T

 

KELAYAKAN MINIMUM MATRIKULASI

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mata pelajaran berikut:

• Chemistry / Engineering Chemistry

• Physics / Engineering Physics

• Mathematics / Engineering Mathematics /Biology

All fees are in RM (Ringgit Malaysia) currency unless stated otherwise.


Other Courses in this Level of Study Other Courses in this Field of Study

Back to Courses

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会