StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Course Details
Universiti Putra Malaysia (UPM) Logo

Bachelor of Aerospace Engineering (Hons)

Offered by: Universiti Putra Malaysia (UPM)
Exam BodyInternal Degree, Malaysia
Course Duration8 Sem
Part Time/Full TimeFull Time
Fees700/sem
Fees (International Student)2224.50/Yr
FacultyFaculty of Engineering
Conducted entirely in MalaysiaYes
Awarding CountryMalaysia
Level of StudyBachelor's Degree Level
Field of StudyEngineering & Engineering Trades
Stream RequirementsScience Stream
Additional NotesUPU Code (for reference): PK15
Course Description

Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) ditawarkan adalah untuk membantu membangunkan industry aeroangkasa Negara sepertimana yang telah dilancarkan dalam “National Blueprint for the Development of the Aerospace Industry in Malaysia.” Kejuruteraan Aeroangkasa adalah hasil gabungan dua (2) disiplin ilmu pengetahuan iaitu Kejuruteraan Aeronautik dan Kejuruteraan Astronautik. Setiap disiplin membawa makna seperti berikut :

  • Kejuruteraan Aeronautik – Cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang aerodinamik, bahan aeroangkasa, struktur, pendorongan, mekanik pesawat, kawalan dan kestabilan pesawat.
  • Kejuruteraan Astronautik – Cabang ilmu dan aplikasi yang berkaitan dengan mekanik orbit, persekitaran angkasa lepas, penentuan dan kawalan ketinggian, telekomunikasi, struktur aeroangkasa, dan pendorongan roket.

Program empat (4) tahun Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) dihasilkan dari pelbagai disiplin kejuruteraan dengan penekanan pada kapal terbang, kapal angkasa dan teknologi satelit. Program ini menggabungkan pengetahuan daripada pelbagai bidang seperti Aeronautik, Astronautik, Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Bahan, Pengaturcaraan Komputer dan Latihan Industri.

Entry Requirements

SPM+STPM+MUET

Career Prospects

Industri Aeroangkasa sentiasa mendapat galakan dan sokongan daripada kerajaan, badan ketenteraan serta sektor swasta. Graduan Bacelor Kejuruteraan (Aeroangkasa) akan diserap dalam industry aeroangkasa mengikut sub-sektor yang khusus, iaitu sub-sektor Pengilangan Komponen Aeroangkasa, Senggaraan, Baik-pulih dan Rombak-rawat (MRO), Operasi Aeroangkasa, Integrasi Sistem dan Avionik dan lain-lain sub-sektor yang berkaitan.

All fees are in RM (Ringgit Malaysia) currency unless stated otherwise.


Other Courses in this Level of Study Other Courses in this Field of Study

Back to Courses

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会